MENGENALI CANDLESTICK FOREX

Lanjutan dari artikel Platform-Chart Grafik, Pentingnya mengetahui Cara membaca atau mengetahui perilaku (pola dan formasi) candlestick grafik  chart yang merupakan salah satu teknik yang perlu dipahami oleh forex trader. Cara membaca candlestick tersebut dapat membantu trader membuat keputusan akhir untuk melakukan belian (buy) atau menjual (sell).

JENIS TINGKAH LAKU CANDLESTIK :

1. Berlawanan
Grafik candle akan bergerak secara terus menerus ketika pihak yang mendominasi market sehingga ada pihak yang melakukan “lawan balik”. * “Pihak” yang dinyatakan disini adala perlaku trader seperti bank konversional, bank central dan forex traders.

2. Agresif.
“Body candle” yang lebih memanjang dari sebelumnya, membuatkan traders forex mengambil kesempatan membuka posisi seiring pergerakkan trend. Ini menjadikan satu tenaga yang kuat di pergerakkan market mengikut trend secara pantas.

3. Perlambatan
Grafik chart bergerak perlahan. Keadaan ini dimana trader menunggu atau ragu ragu untuk membuka posisi.

4. Pembalikan arah (reversal @ bounce)
Berlaku saat ada market yang telah berada pada posisi yang jenuh (overbought atau oversold), saat itulah banyak pihak @ trader yang ingin membalikkan arah trend market.

5. Konvergen atau Divergen
Keadaan yang terjadi di mana tetap ada pihak pihak yang ingin mendapatkan keuntungan penuh di saat trend balik arah pada market. Konvergen dan Divergen boleh dilihat melalui indicator Oscillators (RSI, Stochastics, MACD, CCI)

Demikianlah beberapa perkara yang harus difahami oleh Trader forex sebagai ASAS MEMBACA CANDLESTICK dengan baik terdiri dari jenis:

CANDLESTICK INSIDE BAR

Inside bar ini dapat dikuatkan lagi jika muncul di dekat area “support and resistance”, ia satu candle berkeadaan separuh (kedudukan didalam) dari candle sebelum atau selepasnya.
Kemunculan Inside Bar ibarat alert sebagai langkah berjaga jaga , apakah harga akan melanjutkan trend ataukah terjadi pembalikkan arah trend (reversal@bounce). *Dari gambar : Candle Hitam (biasa trader guna color merah) mewakili “tenaga jual”, manakala Candle Putih (biasa trader guna color hijau) mewakili “tenaga beli”. Anak panah mewakili hala trend yang bakal berlaku…

CANDLESTICK PINBAR

Kemunculan candle ini di area support dan resistance peluang pembalikkan arah trend atau reversal @ bounce 80%.

CANDLESTICK ENGULFING

Ini jenis yang paling popular. Ia menandakan pergerakkan harga reversal@bounce, buy trend (bullish) ataupun sell trend (bearish). Dalam analisa teknikal engulfing candlestick terdiri dari Bullish Engulfing candlestick dan Bearish Engulfing Candlestick.

CANDLESTICK MARUBOZU

Menandakan hanya ada 1 pihak yang mendominasi market *80% dengan kuat tanpa ada perlawanan dari pihak lain.
Pertambahan dari satu kepada satu marubozu (turun atau naik) menunjukkan pergerakkan harga menguat seiringan trend.

CANDLESTICK HAMMER
Merupakan trend pembalikan menjadi bullish yang terbentuk waktu trend menurun.
CADLESTICK HANGINGMAN
Merupakan trend pembalikan menjadi bearish yang juga dapat menandai tingkat Resistance.

 

CANDLESTICK INVERTED HAMMER & SHOOTING STAR.

juga terlihat sama.Kedua dua candle memiliki tubuh kecil (diisi atau kosong), bayangan (shadow) atas yang panjang, dan bayangan (shadow) bawah lebih kecil atau tidak ada.

Perhatian: Diatas adalah pattern @ nama chandlestick yang popular dari sebahagian besar pattern atau nama candlestick yang ada didalam dunia Forex (seperti gambaran di bawah). Tidaklah perlulah anda mengingati keseluruhan nama nama candlestick, ini kerana pergantungan 100% terhadap pattern candlestick sahaja tidak memadai, sekiranya tidak menitik-beratkan faktor faktor lain seperti SNR, trading ketika BERITA FUNDAMENTAL dan sebagainya. Maka, perkuatkan kefahaman, pengalaman, strategi dan teknik di Demo Akaun walaupun sudah berada di Akaun Sebenar.

 

PATTERN ALUNAN CANDLESTICK. 
Juga dipanggil sebagai “Price Pattern” yang dapat memberikan trader signal kecenderungan pergerakkan trend seterusnya: 

TUTORIAL SETERUSNYA : ASAS ANALISA PASARAN FOREX

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *