APAKAH PLATFORM FOREX

Platform forex  atau di panggil trading terminal adalah satu set software perisian yang disediakan oleh broker kepada pelanggan mereka untuk memberi mereka akses sebagai pedagang dalam pasaran Forex dan juga crypto

Platform ini juga boleh menyediakan alat untuk penyelidikan sebagai tambahan kepada alat untuk pemprosesan pesanan.

Terdapat beberapa platform trading yang digunakan oleh para trader forex seperti berikut;

BEBERAPA JENIS PLATFORM TRADING TERSEDIA

METATRADER (MT4 atau MT5)

MetaTrader MT4 atau MT5 adalah trading platform yang paling popular digunakan oleh para trader, meskipun ada beberapa broker menawarkan MetaTrader5.

MetaTrader4 adalah trading platform yang paling popular digunakan oleh para trader, meskipun ada beberapa broker menawarkan MetaTrader5.

MetaTrader memang memiliki banyak kelebihan, Trader boleh menggunakan Expert Advisor (EA) Custom indicator mahupun ROBOT Trading (versi komputer sahaja)

Para trader forex miliki banyak alternative broker forex untuk bertrading, kerana sebahagian besar broker forex menggunakan trading platform ini :   

MetaTrader – sebuah perisian platform yang direka untuk trading online terdiri dari:

  1. MetaTrader 4 Client (‘Client terminal’),
  2. MetaTrader 4 Server (‘server’),
  3. MetaTrader 4 Data Center (‘datacenter’),
  4. MetaTrader 4 Multiterminal (‘multiternminal’),
  5. MetaTrader 4 Mobile,
  6. MetaTrader 4 Smartphone;

CTRADER

Dibangunkan oleh Spotware Systems, cTrader dilancarkan pada 2010 bersama cAlgo untuk trading algorithmic. Menjamin akses terus ke pasaran Forex dan berpotensi meningkatkan kualiti trading. cTrader tersedia dalam beberapa versi, termasuk desktop, android, iOS, dan Web. unik dan penampilan bersih telah membuat cTrader bertambah popular di kalangan trader.

STREAMSTER

Trading platform tersedia untuk komputer dan juga smartphone. Tersedia news dan alert juga chat room untuk berhubungan langsung dengan support officer broker ( macam Marketiva atau Agea), maupun dengan sesama trader yang lain. Streamster tidak seperti MetaTrader, tidak memungkinkan trader untuk menggunakan EA, custom indicator atau Robot Trading (versi komputer).

TRADING WEB-PLATFORM @ SIRIX

Trader melakukan trading dengan mengakses web tersedia dari broker forex dan tanpa mendownload trading platform tersendiri.

Nota : EA, Custom indicator atau Robot Trading hanya boleh diinstal pada Komputer sahaja dan tidak boleh untuk perisian peranti handphone @ smartphone @ Android.

TRADINGVIEW.com

Pengetahuan mengenai platform carta terbaik adalah penting untuk trading currency crypto.

TradingView adalah platform visualisasi kewangan yang maju dengan kemudahan penggunaan laman web moden untuk retail trader dan pelabur

PERBEZAAN PLATFORM AKAUN DEMO DAN AKAUN SEBENAR

‌Sebelum anda pergi lebih jauh kedalam dunia perniagaan FOREX, anda harus terapkan satu perasaan bahawa trading FOREX dengan wang sebenar bermakna “anda sudah kehilangan wang“.

Konsep ianya sama dalam apa jua setiap perniagaan di dunia ini, risiko kerugian adalah salah satu faktor yang perlu di ambil perhatian.

Pengetahuan ini penting,supaya anda tidak menggunakan wang harian yang anda perlu, digunakan untuk trading Forex. Ianya kerana disamping anda mudah menerima (tanpa perlibatan emosi) sekiranya berlaku kerugian.

Didalam forex disarankan hanya 1-2% ditetapkan untuk risiko per transaksi (daripada nilai modal dagangan).

“Pergerakkan harga dalam DEMO AKAUN adalah selari di dalam AKAUN SEBENAR.”

Kepada trader yang pernah Trade Forex menggunakan wang sebenar, kebanyakkannya mesti pernah merasakan keadaan sebegini,

“DEGUPAN jantung lebih cepat ketika membuka posisi (terutama kali pertama) di akaun sebenar, diiringi dengan perasaan yang berbelah bahagi “untung” ke “rugi” ni?. “

Tindak balas tersebut adalah normal. Setelah membuka posisi dan pasaran mula bergerak melawan posisi (tidak seperti yang dianalisa), anda mula membuat keputusan perdagangan hanya berlandaskan EMOSI, seperti meningkatkan atau membuang STOP LOSS dan akhirnya lebih banyak kerugian malah menyebabkan margin call @Mc.

Maka, kebanyakan trader apabila mendapat kerugian menyebabkan perasaan negatif dan emosi menguasai diri, mula bertindak melulu untuk membalas dendam dengan membuka posisi seterusnya, akhirnya kecundang jua.

Kesimpulannya, trading dengan akaun Demo “TIADA EMOSI” tidak seperti pada akaun trading sebenar.

Uji dan latihlah strategi & teknik anda, antara dua hingga tiga bulan (atau lebih) di dalam DEMO Akaun serta uruslah pengurusan risiko melaluinya sebelum berdagang di akaun sebenar .

Cuba membuat pengalaman trading anda sendiri senyata mungkin didalam akaun Demo : berdisplin, rancang target keuntungan / kerugian harian dan lain-lain (kiraan berdasarkan modal yang mungkin anda letakkan ke dalam akaun sebenar).. kerana ia cara terbaik anda boleh mempersiapkan diri dalam perdagangan FOREX dengan wang sebenar.

CARA PENGGUNAAN PLATFORM FOREX METATRADER 4 ANDROID

Artikel ini hanya menekankan kepada penggunaan Metatrader 4 untuk android @ smartphone:

1. Melalui aplikasi Google Playstore di Android, smartphone atau tablet anda, pilih menu “Metatrader” di kotak pencarian, lalu pilih Metatrader 4 dari Metaquotes Software corp.

2. Pilih dan install

3. Setelah install berjaya, pilih OPEN (pastikan internet tersedia & tiada “blocker” data mobile).

4. Di Halaman utama, skarang process untuk daftar Demo Akaun (untuk test-drive). Klik pada tanda crosshair “+” dan Pilih untuk daftar Demo.

5. Pilih broker samada boleh guna default atau  boleh guna mana-mana broker, tidak semestinya sama dengan akaun sebenar yang bakal anda register. Masukkan Nama, Email, tanpa no handphone. Pilih Leverage 1:100 (ikut pilihan anda) dan Deposit amount 10,000 (ikut pilihan anda). Selesai klik pada “Create Account”.

6. Dalam beberapa saat akaun tersedia untuk Login.

7. Jika mempunyai pelbagai akaun (demo atau real), klik pada crosshair “+” dan “Login” untuk tambah kepada akaun yang lain.

PENGGUNAAN METATRADER UNTUK BERTRADING FOREX.

Halaman utama di dalam MT4 android yang harus di ketahui, adalah:

1.QUOTES. Ini menampilkan pasangan matawang forex yang ditransaksikan beserta harganya dan spread. Pasangan matawang boleh dipilih untuk dipamerkan mengikut kesesuaian trader (buang yang mana tidak perlu menggunakan “icon pensel”).

2. CHART GRAFIK
2.1. Candlestick Dinamakan “candlestick” kerana berbentuk seakan lilin. Nama asal adalah “Japanese canclestick chart”. banyak disukai dan Popular digunakan oleh para trader kerana mudah dibaca.

Grafik ini terdiri dari High, Low, Open dan Closing Price. Biasanya, body dari candlestick chart ini berwarna putih dan hitam (color boleh ditukar ikut kesesuaian trader). Cara yang lebih ringkas untuk membaca candlestick;

Candlestick ini pula terdiri dari pelbagai bentuk (panjang atau pendek BODY dan SHADOW) dan setiap bentuk mempunyai nama dan karektornya tersendiri dalam mentarifkan sesuatu trend pergerakkan harga samada Bullish atau Bearish. Pelajari perilaku Candlestick secara menyeluruh kerana ianya amat penting dalam melakukan analisa trend atau pergerakkan harga pasaran.

2.2 Line chart
Line chart adalah grafik yang paling sederhana, sebagai garis yang menghubungkan harga-harga penutup.

Dalam beberapa waktu dari satu harga penutupan ke harga penutupan berikutnya, dihubungkan dengan garisan. Dengan grafik ini kita dapat melihat pergerakan harga secara umum dalam waktu yang tertentu.

2.3. Bar chart
Chart jenis ini memberikan informasi mengenai harga pembukaan, penutupan, harga tertinggi dan terendah dalam satu jangka waktu tertentu. Chart ini juga disebut dengan OHLC chart (Open-High-Low-Close). Berikut ini adalah bentuk asas dari bar chart:

Bergantung kepada TIME FRAME yang anda gunakan keatas chart tersebut. Satu BAR CHART merupakan suatu jangka waktu, berkemungkinan 1bulan (MN), 1minggu (W1), sehari (D1), sejam (H1) atau malah seminit (M1).

Di halaman Chart ini juga di bahagain atas terdapat tanda:.

ƒ : untuk memilih / masukan forex indicator.
$ : untuk melihat pasangan matawang.
⊕ : (tanda jam) Memilih Time Frame.
[+] : Untuk membuk transaksi.

3.TRADING & BAKI AKAUN, paparan untuk melihat posisi yang masih berlangsung, sejarah posisi yang telah ditutup dan juga untuk melihat baki margin dan equity.

4.SEJARAH TRANSAKSI
Paparan untuk melihat kedudukan record transaksi yang berterusan yang telah ditutup, Simbol dan juga untuk melihat baki margin dan ekuiti.

MEMBUKA POSISI JUAL BELI DI MT4 ANDROID.

Klik pada icon [+] di halaman Chart Grafik untukke halaman seperti dibawah:

A. Symbol, untuk menukar pasangan Matawang.
B. Untuk menambah dan mengurang kan saiz lot.
C. Untuk meletakkan Stoploss.
D. Untuk mengatur Takeprofit.
E. Grafik pergerakkan harga semasa.
F. Klik untuk Sell
G. Klik untuk Buy

OBJECT CHART Selain itu, ada pula beberapa objek yang dapat ditambahkan dalam chart, seperti Andrew’s Pitchfork, Fibonacci, dan Elliott Wave. Berikut ini adalah objek yang dapat ditambahkan ke dalam chart.

Tahniah, kerana telah berjaya mendapatkan Akaun Demo Forex untuk latihan @backtest.

Langkah seterusnya adalah memahami serta mempelajari ASAS ANALISA TREND FOREX / pergerakan harga sebelum membuka suatu transaksi (jual/beli) *Guna Platform ketika mempelajari Asas Analisa.

SETERUSNYA: ASAS CANDLESTICK FOREX

3 thoughts on “FUNGSI DAN JENIS PLATFORM TRADING DALAM CRYPTO DAN FOREX

  1. Johnc211 berkata:

    It’s actually a great and helpful piece of information. I am glad that you just shared this useful information with us. Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.

  2. Johna58 berkata:

    An fascinating dialogue is value comment. I believe that it is best to write more on this matter, it might not be a taboo topic but generally individuals are not sufficient to talk on such topics. To the next. Cheers daecgdegfbad

  3. An impressive share! I’ve just forwarded this onto a
    coworker who had been doing a little homework on this.
    And he in fact ordered me dinner simply because
    I stumbled upon it for him… lol. So let me reword this….
    Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending some time to talk about this issue
    here on your site.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *