ANALISA FOREX

ANALISA FOREX adalah aspek STRATEGI TEKNIK bertujuan mencari pergerakkan harga pasangan matawang berikutnya sebelum trader membuka posisi jual / beli. Di dalam analisa ini ada bermacam-macam Strategi, Teknik, Indicator dan bermacam-macam jenis chart: chandlestick, bar, graph yang digunakan (mengikut kesesuaian para trader).

YA! Tidak ada jaminan 100% untung tanpa rugi dalam pelaburan dan perdagangan (ianya adalah perniagaan), tetapi ada penyelesaian yang meminimumkan risiko keuntungan, apabila anda mengetahui pendekatan tersebut (jika tiada kecekalan atau anda seorang yang pemalas membaca sila jangan ceburi!!!).

Untuk menjadi Forex Trader perlu di ingatkan, memerlukan pengetahuan asas Forex, latihan, pengalaman & usaha (bukan membuta tuli buka posisi ibarat berjudi). Semoga tulisan ini dapat menjadikan daya cetus pemahaman anda (terutama kepada newbies).

STRATEGI merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga merupakan kebijaksaan memilih pendekatan, serta kecekapan merancang TEKNIK atau kaedah berdasarkan objektif bertrading. Para trader perlu pandai mengambil PELUANG dan MENANGANI RISIKO.

GOLDEN RULES FOREX
1. “Follow The Trend” : Jangan sekali-kali melawan Trend. UPTREND = BUY sahaja DOWNTREND = SELL sahaja.

  • crypto exchange
  • 2. “BUY” di SUPPORT atau di RBS (Resistance Become Support)

    3. “SELL” di RESISTANCE atau di SBR (Support Become Resistance).

    ASAS ANALISA TREND FOREX

    1- SUPPORT dan RESISTANCE (SNR)
    Adalah asas dan tunjang kepada segala jenis analisa iaitu merangkumi Analisa Teknikal dan Analisa Fundamental yang berdasarkan konsep supply (penawaran) & demand (permintaan). Gagal memahami asas SNR ini bakal memberikan impak negative dalam trading anda. (Ulangi pembacaan anda sehingga anda paham)

    Ketika permintaan (demand) naik (uptrend) dan penawaran (supply) turun (downtrend) : maka harga akan naik.

    Sebaliknya jika penawaran (supply) naik (uptrend) dan permintaan (demand) turun (downtrend) harga akan turun.

    Maka, untuk menghitung semakin besar / kuat “supply” atau “demand’ adalah dengan mengenali level support dan resistance.

    SUPPORT : Iaitu Aras, point atau titik terendah pergerakan harga sebelum ia naik.

    RESISTANCE : Iaitu Aras, point atau titik tertinggi pergerakan harga sebelum ia turun.

    MANAFAAT DAN KEUTAMAAN SUPPORT & RESISTANCE
    Adalah untuk menentukan trend sesuatu pergerakkan harga yang meliputi strategi;

    1. BREAKOUT TRADING FOREX.
    iaitu gerakan menembusi area (trendline) Support atau Resistance sebagai pengesahan bahawa level Support atau Resistance masih kuat.


    1) Jika pergerakan harga menembus garis  resistance, maka trend pasarnya sedang Bullish(naik).
    2) Jika pergerakan harga menembus garis  support, maka trend pasar sedang Bearish (turun).

    2. ‌BOUNCE / REVERSAL TRADING FOREX
    iaitu gerakan pantulan dari area (trendline) Support atau Resistance sebagai pengesahan bahawa level Support atau Resistance mencapai level jenuh beli atau jual.


    3) Jika pergerakan harga memantul terhadap garis Resistance, maka trend pasar adalah Bearish dan Market akan cenderung turun untuk mengejar support.
    4) Jika pergerakan harga memantul terhadap garis Support, maka trend pasar sedang Bullish dan Market akan cenderung naik untuk mengejar resistance.

    FENOMENA REVERSAL 
    Pembalikan gerakkan harga berlaku apabila “Support atau Resistance” telah bertukar fungsi pada satu garisan atau zone dikenali sebagai SBR (Support become Resistance) dan RBS (Resistance become Support).

    1. SBR
    Harga berhasil breakout di “Support” lalu membentuk New Low (New Support). Harga kemudian RETRACE kembali ke garis Support sebelumnya tetapi tidak berhasil break, maka pertukaran fungsi pada garis tersebut menjadi “Resistance”.

    2. RBS
    Harga berhasil breakout di “Resistance” lalu membentuk New High (New Resistance). Harga kemudian RETRACE
    kembali ke garis Resistance sebelumnya tetapi tidak berhasil break, maka pertukaran fungsi pada garis tersebut menjadi “Support”

    Kesimpulan.
    Tanda breakout benar (valid) & breakout palsu (false) melepasi atau tidak “TRENDLINE”.
    Support dan Resistance digunakan sebagai asas menentukan entry ketika trading forex :
    1) BUY (beli): apabila harga sudah tembus atau valid breakout terhadap resistance atau ketika pergerakan harga gagal menembusi support dan menunjukkan signal untuk berpaling arah menjadi bullish (naik).
    2) SELL (jual): apabila harga menembusi atau valid breakout terhadap support atau ketika pergerakan harga gagal menembus resistance dan menunjukkan signal untuk berpaling arah menjadi bearish (turun).

    PIVOT POINT
    Antara kaedah lain untuk menentukan titik pergerakan harga seterusnya di area SNR level yang kemudian digunakan untuk menempatkan order (Buy/Sell):

    R3 = Tinggi + 2 x (PP – Rendah)
    R2 = PP + (High – Low) = PP + (R1 – S1)
    R1 = (PP x 2) – Rendah
    PP = (High + Low + Close) / 3
    S1 = (PP x 2) – Tinggi
    S2 = PP – (High – Low) = PP – (R1 – S1)
    S3 = Low – 2 x (Tinggi – PP)High : harga tertinggi hari sebelumnya.
    Low : harga terendah hari sebelumnya.
    Close: harga tutup hari sebelumnya.

    TERDAPAT 3 JENIS PIVOT:
    ‌Daily : Digunakan untuk H1 . Sekiranya candle H1 close bawah pivot, trend adalah downtrend dan sebaliknya.

    ‌Weekly : Digunakan untuk D1. Sekiranya D1 close bawah weekly pivot, trend adalah downtrend dan sebaliknya.

    ‌Monthly : Digunakan untuk W1. Sekiranya W1 close bawah Monthly pivot, trend adalah downtrend dan sebaliknya. *Tetapi Monthly pivot jarang digunakan sebab timeframe nya terlalu besar untuk scalping.

    TIME FRAME (TF) UNTUK ANALISA.
    •Minimum M15 (TF M1 tidak disarankan kerana kebanyakkannya “Signal Palsu”).
    *Lebih kecil TF = Stop Loss Kecil = Target Profits Kurang (sesuai kepada ParaⓘScalper FX). 

    •TF lebih besar = Stop Loss Besar = Target Profits Besar. Trend di lihat melalui;

    • Daily/Weekly = jika trade di TF H4
    • H4/Daily = jika trade di TF H1
    • H1/4 HR = jika trade di TF M15.

    JENIS ANALISA FOREX

    Ianya terbahagi kepada 2, iaitu Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal

    i. Analisa ⓘFUNDAMENTAL
    Adalah suatu teknik penganalisaan melalui BERITA EKONOMI kepada: daya ekonomi, sosial dan politik keatas bekalan (supply) dan permintaan (demand), secara tidak langsung mempengaruhi harga pasaran Forex.

    Pergerakkan pasaran melalui BERITA EKONOMI selalunya tidak akan bertahan lama, ketika berita ekonomi diumumkan akan menimbulkan SPIKE atau LONCATAN harga secara tiba tiba.

    Namun harga akan bergerak pada jalur sebelumnya, iaitu mengikuti Trend! Memanfaatkan Berita Forex di Kalender Ekonomi dari laman web : 

      • forex factory.com/calendar.php
      • dailyfx.com/calendar
    • (Laman ini memiliki ketepatan untuk analisa ekonomi).

    Perhatian: Waktu berita (news) mengikut Waktu New York di Amerika Syarikat (perbezaan sekitar 12-13 jam lebih lambat dari jam GMT+8 Waktu Malaysia).

    *Ketika Berita Ekonomi sedang berlangsung ada sesetengah trader tidak akan bertrading, kecuali trader yang betul-betul mahir dalam analisa fundamental. 

    Factor Fundamental yang mempengaruhi matawang.

    USD
    • USD dipengaruhi oleh harga emas.
    • Jika harga USD naik, harga emas akan jatuh, dan sebaliknya.
    • Harga USD adalah mengikut USD Index.
    • USD dipengaruhi oleh market saham dan bon.
    • Ekonomi US bergantung kepada minyak yang diimport. Maka perubahan harga minyak bakal memberi kesan kepada nilai USD.
    EUR
    • European Union (EU) terdiri daripada 15 negara: Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, German, Greece, Ireland, Italy, Luxembourg, The Netherlands, Portugal, Spain, Sweden & UK. Semua negara menggunakan Euro sebagai matawang utama kecuali Denmark, Sweden dan UK.
    • Economic news yang paling penting ialah daripada negara German, France dan Italy.
    • Pergerakan EUR/USD adalah sangat penting untuk mengukur kekuatan dan kelemahan matawang EUR dan USD.
    GBP
    • GBP adalah berkadar langsung dengan harga tenaga. (energy)
    • Kebanyakan negara-negara EU mengimport minyak daripada UK. Jika harga minyak meningkat, negara-negara EU terpaksa membeli lebih banyak GBP dan digunakan untuk membeli minyak tersebut.
    • Peningkatan harga minyak akan menguntungkan dan menambahkan pendapatan UK dalam sektor eskport tenaga.
    • Kekuatan atau kelemahan GBP dapat dilihat dengan jelas pada EUR/GBP. Pergerakan pada EUR/GBP mempengaruhi pergerakan GBP/USD.
    JPY
    • Bank of Japan (BoJ) berusaha untuk melemahkan Yen kerana jika Yen kuat dan kukuh, ia akan memberi kesan kepada sektor export Jepun disebabkan harga produk yang semakin tinggi.
    • Jepun sangat bergantung kepada minyak yang diimport. Harga minyak yang tinggi akan menjadi penghalang kepada produksi dan perkembangan ekonomi di Jepun kerana harga input dan bahan mentah akan semakin mahal.
    • Pergerakan EUR/JPY boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh USD/JPY. GBP/JPY dan AUD/JPY juga boleh memberikan kean kepada EUR/JPY dan USD/JPY.
    CAD
    • Pengeluar emas yang ke-5 terbesar & pengeluar minyak yang ke-14 terbesar di dunia. Oleh itu, perubahan harga emas dan minyak akan mempengaruhi nilai CAD.
    • Harga CAD adalah berkadar langsung dengan komoditi (minyak & emas). Jika harga komoditi naik, harga CAD juga akan naik dan sebaliknya.
    • Ekonomi Canada sangat sensitif dengan perubahan ekonomi US. Jika ekonomi US merosot, ia akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi Canada kerana syarikat-syarikat daripada US akan mengurangkan aktiviti mengimport bahan-bahan daripada Canada.
    CHF
    • Switzerland ialah pemegang/penyimpan sah emas yang ke-4 terbesar di dunia. • Jika harga emas kukuh, CHF juga akan kukuh.
    AUD
    • Australia pengeluar emas ke-3 terbesar di dunia. Apabila harga emas naik, harga AUD juga akan naik. NZD
    • NZD berkadar terus dengan AUD.
    • Jika harga komoditi (emas) kukuh, CHF juga akan kukuh.

    Faktor FUNDAMENTAL antara Berita Ekonomi yang memberi impak Besar (para trader perlu bijak ambil peluang & tangani risiko untuk untung besar atau rugi besar). 

    USD
    °‌Non-farm employment change (NFP)-Setiap Jumaat Awal bulan.
    °Gross Domestic Product (GDP)
    °Retail Sales
    °Consumer Price Index (CPI)
    °‌Personal Consumption
    °‌Expenditure University of Michigan °Consumer Sentiment
    EURO
    °Gross Domestic Product (GDP)
    °Consumer Price Index (CPI)
    °Employment Change German °Industrial Production Budget Deficits
    GBP
    °Unemployment Rate
    °Consumer Price Index (CPI)
    °Gross Domestic Product (GDP)
    °Purchasing Managers Index (PMI)
    °Gfk Consumer Confidence report.
     JPY
    °Gross Domestic Productt Tankan °SurveysUnemployment Rate
    °Consumer Price Index (CPI)
    °Core Machinery Orders
    CAD
    °Consumer Price Index (CPI)
    °Gross Domestic Product (GDP) 
    °Trade Balance Ivey Purchasing °Mangers’ Index (PMI)
    °RISIKO PENGURUSAN [Mone Management]
    CHF
    °Gross Domestic Product (GDP)
    °Retail sales Consumer Price Index (CPI) 
    °Balance of Trade
    AUD
    Consumer Price Index  (CPI)
    Balance of TradeGross Domestic Product (GDP)
    Unemployment RateNZD
    Gross Domestic Product (GDP)
    Consumer Price Index (CPI)
    Balance of Trade.

    ii. Analisa TEKNIKAL
    Pergerakan harga dimasa lampau dikira dengan menggunakan SUPPORT & RESISTANCE, PIVOT POINT atau penggunaan FX INDICATOR untuk perkiraan gerak harga seterusnya. Analisa teknikal terbahagi kepada:

    °TEKNIKAL KLASIK : analisa melalui Support & Resistance [SNR] berserta TrendLine yang sebagaimana telah diperjelaskan diatas.  Ia juga di panggil sebagai “Price Action @ Naked Trading”.

    °TEKNIKAL MODEN: analisa dengan penggunaan FOREX INDICATOR. Merupakan analisa teknikal moden. Yang paling popular digunakan oleh para trader antaranya:

    1. Bollinger Band [BB]: dua buah garis yang berada pada standard deviasi tertentu dari garis tengah. Bollinger Bands digunakan untuk mengetahui tinggi rendah suatu harga. Indicator ini akan melebar apabila harga bergerak fluktuatif, dan akan menyempit bila harga bergerak relatif mendatar.
    Penggunaan BB : Jika harga menyentuh garis atas maka waktunya kita untuk sell. Begitu juga sebaliknya, jika harga menyentuh garis bawah maka waktunya untuk buy. Tetapi perlu diberi perhatian, sekiranya chart harga terkeluar dari garis atas ataupun bawah, berkemungkinan besar pergerakan harga tersebut akan terus berlanjut mengikut trend.

    2. Stochastic Oscilator [SO]: yang menunjukkan posisi harga penutupan terakhir dibandingkan dengan range harga terendah atau tertinggi selama jangka waktu tertentu. Penggunaan SO : Apabila harga di Stochastic di atas 80 (overbought) = bersedia untuk JUAL (sell), apabila harga di bawah 20 (oversold) = bersedia untuk BELI (buy). Begitu juga dilihat dari garis %K dan %D. Jika %K memotong %D ke atas, berarti waktunya untuk buy. Dan jika %K memotong %D ke bawah berarti waktunya untuk sell.

    3. Moving Average : atau MA digunakan untuk menghitung pergerakan harga dalam suatu rentang waktu. Biasanya digunakan dalam waktu 5 hari, 10 hari, 20 hari, 50 hari, 100 hari, atau 200 hari. Ada 4 variasi MA yang digunakan dalam analisis teknikal:

    • Simple Moving Average (SMA)
    • Linear Weighted Moving Average (LWMA)
    • Exponential Moving Average (EMA)
    • Smoothed Moving Average (SMMA)

    4.Moving Average Convergence Divergence: untuk menunjukkan trend yang sedang berlaku. Terdapat 2 garis iaitu Signal line dan MACD line. Untuk signal line biasanya berwarna merah, dihitung dalam rentang waktu 9 hari, sedangkan MACD line dihitung dari pengurangan selama 26 hari dan 12 hari. MACD juga dapat digunakan untuk mengetahui jangka waktu untuk BELI (buy) or JUAL (sell).
    Penggunaan MACD : Bila MACD posirif dan MACD line memotong signal line dari bawah ke atas maka saatnya buy dan jika MACD negatif dan MACD line memotong signal line maka saatnya sell. 

    5. Relative Strength Index : indicator yang memberitahu kita momentum atau kekuatan sesuatu pergerakan/trend market. Dibawah ialah formula untuk mengira. RSI mempunyai bacaannya, iaitu 0 – 100. Sesuatu trend selalu dianggap overbought oleh traders apabila bacaan di RSI menunjukkan 70 keatas, dan oversold apabila RSI menunjukkan 30 kebawah.

    6. William % Range : Bila harga bernilai sangat tinggi, di atas -20, maka waktunya untuk sell dan bila harga bernilai sangat rendah, di bawah -80, maka waktunya untuk buy. 

    *Masih banyak lagi Forex Indicator disediakan. Tingkatkan latihan @backtest di dalam DEMO AKAUN. Untuk memahami lebih lanjut kepada penggunaan Teknikal Moden, sila ke topik seterusnya “Strategi & Teknik Forex” (fahami bahasa English, agar lebih mudah anda fahami istilah yang ada dalam perniagaan Forex)

    Tutorial Seterusnya : STRATEGI & TEKNIK ANALISA FOREX







    Crypto Free 30

    Thank You for Your Visit

    Greatly appreciated if you could leave some feedbacks.
    SHARING IS EARNING

    2 thoughts on “ANALISA FOREX

    • I’d like to thank you for the efforts you have put in penning
      this blog. I really hope to view the same high-grade blog posts from you later on as well.
      In truth, your creative writing abilities has motivated me to get
      my own blog now 😉

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *