BANK NEGARA MALAYSIA – JATA NEGARA DISALAH GUNA OLEH COINZER

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia – BNM menegaskan, ia tidak pernah memberi kuasa atau menyokong platform matawang kripto yang dikenali sebagai Coinzer.

BNM menerusi kenyataan di sesawang rasminya, berkata penggunaan logo BNM dan Jata Negara pada reka bentuk duit syiling fizikal seperti yang ada dan digunakan pada laman web Coinzer dibuat tanpa kebenaran bank pusat itu.

Mata wang kripto adalah tidak sah di Malaysia. Sehubungan itu, mata wang digital tidak dilindungi pengaturan atau standard pengendalian pasaran berhemat yang terpakai kepada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.

  • crypto exchange
  • “Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dan menilai dengan teliti mengenai risiko pelaburan dalam mata wang digital,” ujarnya.

    Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, sebelum ini dilaporkan berkata, wang kripto kekal tidak diiktiraf sebagai mata wang sah diperlakukan (legal tender) di negara ini.

    BNM malah mengulangi pendiriannya, Malaysia tidak melarang pelaburan mata wang kripto buat masa ini, sebaliknya membiarkan pasaran membuat keputusan mengenainya.

    Muhammad dilaporkan berkata, bagi mereka yang melabur dalam mata wang kripto mesti tahu ia berisiko tinggi.

    Sementara itu, pihak Coinzer berkata, reka bentuk syiling fizikal yang dicadangkan itu sudah dikeluarkan bagi edisi terbaharu kertas putih dalam laman web Coinzer.

    “Syiling fizikal Coinzer berkenaan adalah berdasarkan reka bentuk konseptual, pada mulanya bertujuan untuk digunakan sebagai tanda penghargaan kepada rakan kongsi dan penyumbang kami.

    “Bagaimanapun, kami sedar rekaan bentuk yang dicadangkan itu tidak seharusnya menggunakan logo BNM dan Jata Negara tanpa keizinan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

    Sumber dari https://www.bharian.com.my

     






    forex rebate

    Thank You for Your Visit

    Greatly appreciated if you could leave some feedbacks.
    SHARING IS EARNING

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *