Home » BLOG » APAKAH CRYPTO BITCOIN HARD FORK

APAKAH CRYPTO BITCOIN HARD FORK

Secara ringkas Hard Fork adalah perubahan (update atau upgrade) ke atas protokol atau node dalam eco sistem Crypto Coin dan ianya terjadi kepada Bitcoin , Ethereum, Dogecoin, Litecoin , Bitcoin scrypt dan sebagainya.

 

RINGKASAN SOFT FORK.

Perisian Bitcoin adalah sumber terbuka, dari segi kod dan tersedia untuk semua melihat dan digunakan.

Apabila ada beberapa perubahan yang perlu dibuat (tidak dapat dielakkan) kepada kod sumber untuk memastikan ia tetap sesuai untuk tujuan.

Perubahan ini di panggil soft fork dan ia tetap menjadi asas kepada sifat blockchain (tanpa berlaku perpecahan dalam eco sistem blockchain).

 

RINGKASAN HARD FORK.

Hard fork khususnya pada mata wang digital melibatkan pemisahan laluan blockchain dengan membatalkan transaksi yang disahkan oleh node yang belum dinaik taraf kepada versi baru perisian protokol.

Perubahan protokol atau node ini contohnya dengan menaikan kapasiti Block Bitcoin misalnya dari 1MB ke 10MB.

 

Pada dasarnya mewujudkan fork di blokchain adalah;

  1. satu jalan yang mengikuti blok baru yang dinaik taraf, dan
  2. ‌satu jalan yang terus berjalan sepanjang jalan lama.

 

KESELAMATAN

Hard fork juga boleh dilaksanakan untuk membetulkan risiko keselamatan yang penting yang terdapat dalam versi lama, untuk menambah fungsi baru, atau mengalihkan urus niaga (seperti dalam kes dengan hard fork untuk membalikkan hack pada DAO (organisasi autonomi yang terdesentralisasi) yang terjadi pada Ethereum.

Info : Ethereum Classic successfully hard forked October 25th. They made an upgrade to their network to stop attacks exploiting a vulnerability in the system.

 

HARD FORK DALAM BITCOIN

Hard Fork Bitcoin Cash berjaya pada 1 Aug 2017 dengan menetapkan kode sama seperti Bitcoin (Classic).Pemisahan Chain dilakukan dan limit 1 MB sudah dihilangkan.

Selepas Bitcoin Cash (algo SHA256) terhasil keseluruhan eco sistem crypto khususnya bitcoin mengalami kenaikan pesat.

25 Oct 2017 Bitcoin Gold berjaya dihasilkan.

Hard Fork Bitcoin Gold adalah sistem decentralize Bitcoin yang baru untuk menangani masalah peralatan perlombongan yang di dominasi oleh entiti atau kumpulan kecil yang menggunakan perkakasan Asic berskala besar secara meluas dan membataskan pelombong kecil atau sederhana.

Perubahan drastik berlaku pada Bitcoin Gold adalah mengubah algoritma proof-of-work Bitcoin dari SHA256 kepada Equihash. Mengubah algoritma bukti kerja dari Bitcoin dari SHA256 ke Equihash, semua peralatan perlombongan SHA256 (Asic) bakal menjadi usang dan melambatkan penemuan blok Bitcoin Gold.

Oleh itu, Bitcoin Gold akan memberi peluang kepada orang-orang baru yang di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam proses perlombongan dengan hanya perkakasan Rig GPU.

Infrastruktur perlombongan demokrat yang lebih terdesentralisasi lebih berdaya tahan dan lebih sesuai dengan visi asal Satoshi iaitu “one CPU one Vote”. Ini bakal mengembalikan pelombongan secara solo, meskipun dengan reward yang kecil. Pertengahan November, satu lagi coin terhasil iaitu Segwit2x.

Kesemua coin dinyatakan di atas merupakan hasil dari apa yang dikenali sebagai Hard Fork dari blockchain Bitcoin.

Hari ini terdapat 2 general agreement untuk verify bitcoin transaction.
Samada bitcoin core (segwit signal) atau bitcoin unlimited.

Jika satu node guna segwit dan  satu node lagi guna bitcoin unlimited, block tak boleh disahkan dan ini menyebabkan network congestion.

Seperti Bitclub, ia menggunakan bitcoin unlimited walaupun pada mula nya hanya guna segwit signal.

Ia adalah untuk memastikan supaya block dapat disahkan, pelombong mendapat ganjaran, dan tiada kesesakan rangkaian (network congestion) terutama dalam hal pembayaran transaksi.

Thank You for your visit
Sharing is caring   


Whatsapp_Sharing






One Response so far.

  1. What’s up everyone, it’s my first pay a quick visit at this site, and post is actually fruitful designed for me, keep up posting these articles.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *