LEGIT DAN TERBAIK ADALAH BROKER FOREX TERPILIH
September 27, 2014 No Comments Blog. Zade

Faktor mencari dan mengenali Broker Forex juga perlu di titik beratkan sebelum memulakan perniagaan ini.

Mulakan dengan menyenaraikan ciri-ciri broker forex yang anda perlukan dan kemudian melakukan kaji selidik terhadap broker forex yang telah di pilih. 

NAK GUNA BROKER FOREX PERLU KETAHUI APA ANDA MAHU DARI BROKER

Ketahuilah pasangan mata wang yang bakal akan diperdagangkan? apakah spread @ pip yang sesuai dengan anda adakah tetap atau berubah-ubah.

Menerima potongan untuk broker komisen keatas dagangan forex?

Mengetahui pelaburan minimum (Saiz akaun)? leverage itu, alat-alat, petunjuk yang anda perlukan untuk dagangan?

Apakah Platform sesuai dengan cara trading anda? (seperti MT4, cTrader dan lain-lain)?

Dalam gaya trading, adakah anda mahu untuk scalping? Atau hedging? atau intraday / swing? perlukah trailing stop? anda perlukah “satu klik-trading” ciri pelaksanaan?

  • crypto exchange
  • 6) adakah anda ingin mempunyai ciri dan atau perdagangan melalui peranti telipon pintar (android, iphone dll)?

    7) apakah ciri broker forex, samaada ECN / STP atau broker Dealing Desk @ Market Maker? Bagaimana reputasi broker Forex? (Anda sebenarnya perlu mengambil berat, untuk keselamatan pelaburan anda).

    8) Kaedah cara Deposit dan pengeluaran (wire transfer, Paypal, kad kredit dan lain-lain), adalah boleh memindahkan dan menerima dana? Mungkin ada sekatan bergantung kepada negara yang diduduki. Berapa kos anda dalam yuran membayar untuk pembiayaan, memindahkan, mengeluarkan wang anda?

    ‌akhir sekali, Susun soalan-soalan atau maklumat di atas dengan tahap kepentingannya atau buat tambahan dan mulakan Carian…..

    CARIAN BROKER YANG SEPADAN

    Dengan menggunakan enjin carian seperti google, yahoo dll, lawati setiap laman web broker berdasarkan senarai anda. Itulah apa yang kebanyakan trader lakukan pada masa lalu! Tetapi pada masa kini telah mempunyai banyak sumber untuk mencari semakan di halaman google.

    KAJI SELIDIK KE LAMAN WEB BROKER

    Selepas pilihan terakhir @ senarai pendek untuk beberapa broker Forex.

    ia adalah masa untuk membuat kajian lanjut dengan melawat laman web broker dan membaca tentang peraturan perdagangan Forex mereka dan dasar, memahami terma-terma dan syarat-syarat untuk mendapat ketelusan perniagaan yang mereka lakukan :
    -adanya alamat dan telefon,
    -perkhidmatan sokongan pelanggan,
    -maklumat institusi kawal selia yang menyelia (regulation) terhadap broker tersebut.

    Jika syarikat  broker tidak mempunyai alamat fizikal atau sah disenaraikan di laman web atau di laman Contact @ Hubungi, ia ibarat penggera untuk anda berwaspada.

    Ya, ia adalah penting untuk mempunyai telefon, chat, skypes, e-mel untuk membalas pertanyaan dalam hal aktiviti dagangan anda tetapi semua itu tidak diambil kira jika ianya tiada alamat pejabat operasi yang jelas.

    Kedua, penampilan keseluruhan laman web yang boleh memberitahu tentang pemiliknya @ broker.

    Laman web tidak perlu moden dan interaktif, yang ditulis dalam bentuk Flash atau animasi dan lain-lain, tetapi ianya harus mempunyai kelihatan profesional, pelayaran web yang lancar (tidak semput) dan semua halaman dan pautan mestilah berfungsi.

    Jika Sesuatu laman paparan seperti “Akan datang @ coming soon” pada halaman kosong tidak boleh diterima!

    Kepada trader baru (newbies), ia kelihatan seperti satu mesej sementara, tetapi dari pengalaman kami, ia akan berlanjutan untuk beberapa bulan dan mungkin bertahun.

    Broker Forex yang telah membuka perniagaan dan menerima wang daripada pelanggan tidak boleh membenarkan ada laman web hanya berfungsi “sebahagian” atau halaman yang penting menjadi “tergendala”!

    Seterusnya faktor penting: pilihan terbaik adalah sentiasa membuka akaun dengan broker dikawal selia : iaitu broker yang berdaftar dengan pihak berkuasa atau Badan @ kementerian kewangan mengikut negara yang berkenaan (di bawah pengawasan dan peraturan) :
    United States: NFA, CFTC
    Canada: BCSC, CIPF, OSC
    United Kingdom: FSA UK
    Switzerland: SFDF, ARIF, FINMA (Since 2009 all Swiss Forex brokers require to have a banking license)
    Sweden: Swedish FSA
    Denmark: Danish FSA
    Spain: CNMV
    Japan: FFAJ, FSA Japan
    Hong Kong: SFC
    Australia: ASIC
    Dubai: DMCC, DGCX, DFSA, ESCA.

    Ini bukan senarai yang lengkap, untuk negara-negara lain sila ke Kementerian Kawal Selia Broker yang menyelia dan memantau perniagaan Forex mengikut negara masing-masing.

    KAJI SELIDIK ULASAN TERHADAP BROKER FOREX

    Laman popular untuk mengetahui kajian atau ulasan positif juga negative berkaitan pengalaman trader dengan broker forex:
    1st Laman ulasan broker Pilihan.

    2nd Broker Forex Pilihan. (di pautan ini anda mampu untuk melancarkan laporan penipuan / scam broker.

    Walaubagaimanapun trader digalakkan rajin untuk mencari ulasan tambahan dalam talian untuk membuat keputusan: taip pelayar Carian anda: “[nama Broker] ulasan @ review” dan ikut pautan untuk membaca lebih banyak ulasan. Ianya amatlah membantu dan ia juga boleh menjadi mengelirukan dan serabut.

    Sering kali mendengar daripada trader, selepas membaca ulasan mereka seolah-olah tidak lagi pasti untuk memilih broker, kerana terdapat begitu banyak buruk dan baik bercampur dalam ulasan tentang setiap broker, ia adalah hampir mustahil untuk menapis kebenaran dan membuat pilihan.

    Apa nak buat? Cadangan ini adalah berpegang kepada kaedah-kaedah yang mudah:

    a) jika broker yang telah berkecimpung dalam industri ini selama lebih daripada satu dekad – ia memberitahu anda bahawa syarikat itu tahu banyak tentang menjalankan perniagaan Forex dan mengambil berat tentang pelanggan, jika tidak ia tidak akan berada di sini hari ini.

    b) jika broker yang dikawal oleh badan kawal selia utama disatu-satu negara – ia memberitahu anda bahawa broker adalah serius tentang perniagaan dan membuat usaha yang perlu untuk menyelaraskan dengan peraturan dan kehendak yang dikenakan oleh badan-badan penyelia itu. jika broker yang menawarkan produk lebih daripada satu perdagangan, selain Forex juga mempunyai Futures, Saham, Option, Komoditi, CFD dan lain-lain – ia memberitahu anda bahawa broker yang menjalankan perniagaan yang lebih besar, membawa lebih tanggungjawab dan mempunyai lebih banyak pelanggan berdagang dengan mereka.

    C) sambil membaca ulasan, pastikan anda melihat tidak ada ulasan tentang keuntungan dibatalkan atau pengeluaran dinafikan. Melihat beberapa ulasan seperti ini akan menjadi satu kebimbangan. Adakah Jika kesilapan dari trader kerana salah faham terma atau syarat (yang mungkin seperti stail trader scalping, padahal tidak dibenarkan dalam agreement) atau sebaliknya scam broker telah menipu trader.

    Dinasihatkan, untuk tidak berurusan dengan broker “Dealing Desk @ Market Maker” (walau ada diantaranya yang jujur) yang boleh terjebak kepada broker “bucket shop (sedia maklum broker penipu @ scam)”.

    Di broker Market Maker / dealing desk sebenarnya pergerakkan harga (@instance execution) adalah dari pembeli dan penjual dari kalangan kumpulan para trader mereka sendiri yang dikendalikan oleh “Dealing-Desk” (apabila volumenya tidak mencukupi, maka syarikat broker akan mengambil-alih mengikut pergerakkan harga pasaran sebenar (@market execution) Broker jenis ini membuat pasar tersendiri dengan kondisi yang mereka tentukan sendiri.

    Ertinya para trader bertrading melawan broker atau Dealing Desk.

    Pada dasarnya broker dealing desk mendapatkan keuntungan dari kerugian trader (kebanyakkan scam dari broker jenis Market maker @ bucket shop).

    Kewangan trader disimpan di akaun broker, tidak seperti broker ECN/STP/DMA (broker yang telus) yang berurusan di Bank-Liquidity, dimana kewangan (modal dan profit) trader disimpan dengan selamat.

    Ada Broker Market Maker @ Dealing Desk jenis ini yang telus, Sekiranya anda ingin bertrading di broker jenis Dealing Desk @ Market Maker, pastikan anda menempatkan wang anda di broker yang berdaftar (REGULATED BROKER) dan dikalangan bereputasi baik (mempunyai ulasan @ review yang positif dari traders)


    JENIS BROKER

    Pada dasarnya terdapat dua jenis utama broker forex:

    1. Dealing Desk (DD) atau nama lain Market Maker atau yang lebih teruk kalau sipenipu “Bucket Shop”. 
    BUY dan SELL di broker Market Maker sebenarnya pergerakkan harga adalah dari pembeli dan penjual dari kalangan kumpulan para trader mereka sendiri yang dikendalikan oleh “Dealing-Desk” (tetapi bila volumenya tidak mencukupi maka barulah syarikat broker yang mengendalinya mengikut pergerakkan harga pasaran sebenar).

    Broker jenis ini membuat pasar tersendiri dengan kondisi yang mereka tentukan sendiri. Ertinya para trader bertrading melawan broker atau Dealing Desk. Pada dasarnya broker dealing desk mendapatkan keuntungan dari kekalahan para trader.

    Apabila trader menghasilkan profit, broker bayar dari duit simpanan mereka. Duit trader juga disimpan di broker bukannya di Bank-Liquidity.

    Bila anda bertrading di jenis broker Dealing Desk, pastikan anda menempatkan wang anda di broker “Dealing Desk Broker yang legal” dan berdaftar (REGULATED BROKER) dan dikalangan bereputasi baik. Minimum deposit $1.

    2. No Dealing Desk (NDD), broker yang disyorkan dan ianya pula terdiri daripada broker jenis:

    2.1 Straight Through Processing (STP)
    Broker jenis ini berfungsi ibarat jambatan yang menghubungkan dengan syarikat broker lain sebagai Liquidity. Maka order dari trader kepada broker jenis STP adalah diteruskan kepada para broker besar  (institusi kewangan besar) ataupun kepada beberapa broker ECN yang mengikut pergerakkan harga pasaran sebenar. Dengan cara ini adalah lebih selamat (wang anda disimpan di Liquidity yang berdaftar). Akan tetapi jika order tersebut diteruskan kepada broker jenis Dealing Desk maka order dari broker STP tersebut bergantung kepada broker yang ditujui. Minimum deposit $10.

    2.2 Electronic Communication Network (ECN). 
    Broker jenis ini yang amat dialukan. Para trader berinteraksi Jual dan Beli mengikut harga pergerakkan pasaran sebenar / semasa tanpa adanya sebarang gangguan dari pihak broker. ECN broker mendapat keuntungan dari komisen ataupun Spread. Kewangan Trader disimpan selamat di Bank Liquidity. Minimum deposit anggaran $250.

    2.3 Direct Market Access (DMA).
    Broker yang cara kerjanya hampir sama dengan broker berjenis ECN, bezanya di broker DMA adalah terikat kontrak dengan suatu liquiditor tertentu.

    Menapis ulasan yang baik dan buruk. Jadilah seorang yang Selektif tentang membaca ulasan, sentiasa menganalisis adakah ulasan dari trader profesional, atau newbies. Nilaikan Segala ulasan dari tahap pendidikan trader itu, bahkan juga perlu diberi penekanan pengetahuan keatas subjek yang diulas. Dengan cara ini akan dapat menapis banyak ulasan buruk dari trader newbies menuduh broker, disebabkan masalah ketidakcekapan trader sendiri. Gunakan penapis untuk 5 bintang ulasan juga. Selain itu tidak asing melihat ulasan yang dikemukakan oleh broker sendiri mereka untuk meningkatkan kedudukan @ ranking demi menyembunyikan “wajah sebenar”. Trader perlu menghakimi segala-galanya secara objektif.

    FINAL – TERAPKAN SIKAP YANG TERBAIK

    Akhir sekali, pendekatan anda untuk memilih broker Forex harus menjadi tempat ibarat proses memilih bank untuk menjaga hak amanah kewangan atas: reputasi, ketelusan, kemudahan menjalankan operasi kewangan serta sokongan pelanggan yang baik.

    Perjanjian Client? Terdapat banyak broker Forex terlepas untuk mengemas kini laman web mereka atas perubahan kondisi trading yang terbaru, contoh:
    -masih menunjukkan spread 1 pip tetapi yang sebenarnya ia sudah 2 pips,

    -membenarkan scalping, perubahan terbaru realitinya adalah tidak dibenarkan, (ini akan menyebabkan keuntungan anda tidak dibayar oleh broker apabila keuntungan dari trade secara scalp)

    -anda berdagang secara hedging sedangkan tidak diterima atau tidak dikemas kini di dalam perjanjian broker, maka akan mengakibatkan pembatalan daripada keuntungan.

    -begitu juga pembatalan keuntungan
    trading semasa “Berita Ekonomi”, apabila ianya tiada dalam perjanjian.

    Jika anda tidak membaca Perjanjian Pelanggan, terus menandakan “Saya bersetuju” terhadap Terma dan Syarat semasa memohon akaun trading, anda tidak menilainya dengan sempurna.

    Maka, kenalilah cara trading anda adakah bersesuaian dengan broker yang bakal anda sertai. Penting membaca syarat dan terma di sesebuah broker (Rujuk Terma & Condition dan Polisi yang tersedia di halaman web).

    SETERUSNYA : JENIS TRADER FOREX KONSISTEN













    SHARING IS CARING
    About The Author
    Zade Zade sebagai penulis hantu dan telah menyediakan perkhidmatan secara bebas sejak tahun 2017

    Leave a reply

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *