PANDUAN ASAS: TERMA DAN FRASA YANG DIGUNAKAN DALAM KEMAJUAN MATAWANG KRIPTO

Dengan pergerakkan yang besar pada harga bitcoin membuatkan ramai orang teruja dalam matawang kripto untuk menjana pendapatan melaluinya.

Inilah yang berlaku apabila dari 1 bitcoin bernilai USD 0.05 di awal pengenalan pada 2008 melonjak sehingga USD 14k pada Jan 2018.

PENGENALAN KEPADA ASAS MATAWANG KRIPTO

Bitcoin adalah matawang kripto pertama dihasilkan dan ianya dicipta pada tahun 2009 oleh Mr Satoshi Nakamoto.

Wang digital atau di panggil dengan nama lainnya sebagai Cryptocurrency mahupun cryptocoin menggunakan pertukaran KRIPTOGRAFI dan lejer perkongsian transaksi untuk mewujudkan sistem kewangan yang;

  1. selamat,
  2. tanpa nama,
  3. boleh dikesan dan
  4. berpotensi stabil.

Ia menggunakan agihan rangkaian komputer juga di panggil hashrate yang disulitkan (encrypted) melalui network P2P (peer-to-peer) sebagai satu sistem transaksi tanpa memerlukan pihak ketiga.

Dalam usaha untuk memastikan jaringan keselamatan matawang digital, ia menggunakan algorithm matematik dan lejer awam melalui proses yang dikenali sebagai Melombong atau mining.

Mari pelajari ciri-ciri utama asas bitcoin atau matawang kripto, kemudian gambaran keseluruhan ciri-ciri lain yang menjadikan matawang kripto khususnya Bitcoin yang ada pada hari ini.

ASAS MATAWANG KRIPTO PERTAMA DUNIA

LEJER AWAM

Juga dikenali dengan nama Blockchain yang menyimpan segala kesahihan transaksi matawang digital sejak ia mula dicipta.

Identiti pemilik transaksi disulitkan (encrypted) dengan menggunakan teknik kriptografi.

Segala transaksi boleh disemak di lejer awam.

KRIPTO DIGITAL DOMPET

Perisian untuk menyimpan, melihat baki dan membuat transaksi untuk wang digital.

Mempunyai kunci persendirian juga di panggil private key dan public key.

Dompet digital ini mempunyai pelbagai variasi:

  1. Desktop
  2. Webportal
  3. Peranti mudah alih seperti Android dan IOS
  4. Perkakasan computer seperti CPU dan USB Wallet (seperti Trezor, Ledger dan Keepkey).

PERINGATAN!!! Dompet jenis private key yang tidak di sokong oleh server atau pihak ketiga adalah lebih selamat. Walaubagimanapun harus mempunyai pendua atau sandaran (backup) secara berkala kebeberapa device lain untuk mengelakkan kehilangan mata wang bitcoin sekiranya peranti rosak atau di format.

KRIPTO TRANSAKSI

Proses pengesahan transaksi elektronik melalui Digital Dompet (Crypto Wallet) yang disulitkan (encrypted) mengambil sedikit masa antara sepuluh minit. Transaksi yang berjaya akan dipamerkan di Lejar Awam atau Blockchain.

MELOMBONG KRIPTO

Coin atau block dihasilkan melalui agihan rangkaian kuasa komputer dikenali sebagai “HASHRATE” menggunakan perisian khusus dengan cara melombong kripto atau crypto mining.

Perisian ini boleh didapati secara percuma dan ia sumber terbuka (open sources), supaya sesiapa sahaja boleh memeriksa dan memastikan ia melakukan apa yang sepatutnya dan keberkesanan membuat system pembayaran sendiri [peer to peer].

Dalam bahasa yang mudah, melombong kripto adalah proses mengesahkan transaksi dan menambah mereka ke lejer awam.

Melombong kripto 1 block pada peringkat awalnya menghasilkan 50 bitcoin, kemudian 25 bitcoin pada setiap 10 minit, selanjutnya akan terus berkurang diiringi dengan bertambahkan sirkulasi coin atau block.

Sistem telah memastikan bahwa maksimal bitcoin yang beredar di dunia adalah 21 Juta BTC sehingga tidak akan terjadi inflasi.

KRIPTOGRAPHI

Sistem kriptografi iaitu “penyulitan” untuk mengawal penciptaan ⓘcoin seterusnya untuk mengesahkan transaksi.

DECENTRALIZED

Kebanyakan mata wang konvensional atau fiat currency dikawal oleh kerajaan berpusat, dan dengan itu ciptaan mereka boleh dikawal selia oleh pihak ketiga.

Penciptaan dan transaksi matawang digital adalah sumber terbuka, yang dikawal oleh kod, dan bergantung kepada rangkaian “peer-to-peer”.

Tidak ada satu entiti yang boleh memberi kesan atau mengawal mata wang digital.

NILAI ASAS BITCOIN

Mata wang tradisional atau konvensional ditakrifkan oleh objek fizikal sebagai contoh nilai mata wang USD diukur atau mewakili nilai emas, tetapi tidak berlaku pada mata wang digital.

Nilai wang digital disimpan dalam dompet digital dan dipindahkan secara digital kepada penerima.

Tiada objek fizikal wujud dan nilainya di pengaruhi oleh permintaan. (Tidak paham? Maka sila pelajari ilmu perniagaan “supply and demand”).

SUMBER TERBUKA atau OPEN SOURCE

Wang digital ini menggunakan perisian sumber terbuka. Ini bermakna bahawa pemaju boleh mewujudkan konsep “API” tanpa bayaran dan sesiapa sahaja boleh menggunakan atau menyertai rangkaian.

BUKTI KERJA

Kebanyakan matawang digital menggunakan sistem “bukti kerja” iaitu “Proof Of Work” selebihnya “Proof Of Stack” dan sebagainya

Struktur bukti kerja ini menggunakan pengiraan yang sukar, tetapi mudah mengesahkan untuk menghadkan eksploitasi perlombongan.

Pada asasnya, ia seperti benar-benar sukar untuk menyelesaikan “catpcha” yang memerlukan banyak kuasa pengkomputeran.

PSEUDONYMITY

Bermaksud “nama samaran” kepada pemilik mata wang digital di tunjukkan sebagai “alamat dompet” yang telah disulitkan atau encrypt, tanpa mempamerkan identiti sebenar pemilik.

Nama lain adalah “Public Key”. Ianya seperti ” 3BUCT2KFWAXM1TTtf4GFyZZ1ZnKnP4XTcu “.

PERKHIDMATAN CRYPTO

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan maklumat dan pemantauan mata wang digital;

COINMARKETCAP : adalah cara terbaik untuk mengetahui penutup pasaran, harga, bekalan dan jumlah cryptocurrency.

CRYPTOCOINCHARTS : penuh dengan maklumat yang meliputi senarai crytocoins, bursa , maklumat mengenai peluang arbitraj dan banyak lagi. laman ini juga menawarkan senarai mata wang digital dan perubahan nilai dalam 24 jam terakhir, minggu atau bulan.

CRYPTOCOMPARE : Menunjukkan pasaran harga, grafik dan analisa kesemua mata wang digital keseluruhannya. Selain itu portal ini menyediakan online calculator untuk mengira hash rate perkakasan melombong.

ⓘ COINGECKO is a coin market ranking chart app that ranks digital currencies by developer activity, community, and liquidity.

COINWARZ : Laman web ini dapat membantu pelombong menentukan ⓘCOIN yang paling menguntungkan melalui kadar hash, penggunaan kuasa, dan kadar nilai Coin apabila dijual . Anda juga boleh melihat tahap kesukaran melombong pada setiap ⓘCOIN di waktu semasa dan masa lampau.

CARA MEMBELI MATAWANG KRIPTO

Anda boleh membeli Bitcoin dengan USD atau mata wang konvensional mengikut negara masing-masing melalui pengurup matawang kritpo (crypto exchanger). Exchanger yang terkenal dan di percayai seperti (membeli dengan kaedah debit atau kredit kad).

Ia boleh juga dilakukan dalam talian melalui bank atau anda hanya perlu mencari dompet dalam talian yang sesuai untuk kawasan atau negara anda.

CARA MENJUAL MATAWANG KRIPTO

Menjual mata wang digital melalui dompet digital anda adalah sangat mudah. Anda boleh menggunakan sumber yang sama untuk menjual dan juga untuk membeli.

Juga boleh menggunakan khidmat ejen swasta (Private Agent atau Exchanger) untuk menukar mata wang digital kepada mata wang konvensional.

Laman web popular localbitcoins.com menyenarai individu mengikut negara, adalah sumber utama untuk jenis pertukaran mata wang digital.

*Dana mata wang digital dihantar kepada dompet digital individu atau ejen, dan kemudian ejen menghantar anda bersamaan dalam mata wang konvensional (USD, GBP, EUR, MYR, YEN etc) yang berkaitan.

ⓘPerhatian!!! Amalan menggunakan ejen atau exchanger yang tiada sesiapa atau badan yang menyelia memerlukan kepercayaan penuh untuk menilai tahap keselamatan pertukaran setiap transaksi. Sebelum berurusan dengan ejen anda boleh melakukan tinjauan asas bitcoin iaitu membaca maklum balas dari pengguna lain keatas ejen tersebut yang di senaraikan di Localbitcoins.com .

Atas sebab ini, kami menasihatkan anda hanya menggunakan kaedah itu dalam keadaan kecemasan, atau jika anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi bahawa ejen yang anda berurusan boleh dipercayai.

APA BOLEH DIBELI DENGAN MATAWANG DIGITAL atau Bitcoin?

Bilangan tempat di mana anda boleh menghabiskan bitcoin yang semakin meningkat setiap hari.

Sejak tahun 2014, beberapa peruncit dalam talian utama mula menerima Bitcoin.

Kemajuan penerimaan meningkat pada 2015, diantaranya pembelian perisian software, perkhidmatan, hotel, barangan elektrik dan sebagainya. Anda cuma lihat tanda “BITCOIN DITERIMA DISINI”

ARTIKEL SETERUSNYA : 5 CARA MENDAPATKAN CRYPTO BITCOIN













SHARING IS CARING