APA ITU FOREX DAN CARA BUAT DUIT DARI FOREX

Mendapatkan manafaat untuk membuat duit melalui trade forex, pelajari terlebih dahulu ilmu asas forex sebelum membelanjakan ratusan atau ribuan ringgit untuk;

  • Sesi kelas trade forex : yang kebiasaannya yuran amatlah mahal. Terdapat sebahagian besar pedagang forex yang kecundang, giveup, kelaut dan sebagainya. Apakah dan dimana kesalahannya, adakah pada guru forex, atau murid itu sendiri tidak memberi tumpuan keatas pembelajaran?
  • Membeli ebook trade forex : perihal pendapatan forex yang kebanyakkannya ilmu di salin dari laman google, bing dan sebagainya. Harga ebuku pun kebiasaannya mahalnya tetapi anggap la sebagai pelaburan ilmu.
  • Terus memulakan trade forex : dengan akaun sebenar tanpa melakukan “BackTest” atau “Latih Tubi” di AKAUN DEMO.

CARA RINGKAS TRADE FOREX

Forex atau nama lain “tukaran matawang asing” dan cara buat duit menerusi trade forex adalah seperti di bawah;

LANGKAH PERTAMA – MEMILIH BROKER

Memilih syarikat broker forex  yang mempunyai latar belakang yang kukuh,dikawal selia, jelas dan dipercayai.

Jalan yang bijak adalah mengkaji semula pematuhan peraturan dan memberi perhatian kepada sebarang anugerah yang penting atau tinjauan positif yang telah diperolehi oleh broker forex tersebut.

Setelah mengenal pasti broker forex yang anda ingin sertai, masukkan deposit (serendah 10usd) selepas membuat akaun trading bersama mereka.

LANGKAH KEDUA – PILIHAN PASANGAN MATAWANG

Pilih pasangan matawang, sebagai contoh EUR/USD bermaksud Euro berbanding Dollar AS

Membeli pasangan EUR/USD, bererti membeli Euro dan menjual Dollar.

Manakala menjual pasangan EUR/USD, bererti menjual EUR dan membeli Dollar.

LANGKAH KETIGA – ANALISA PASARAN DAN BERDAGANG

Melakukan atau membuat analisa trend pasaran keatas pasangan matawang yang dipilih (ada pelbagai pasangan matawang di dalam trade forex selain dari GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD dan sebagainya)

Forex trading

Contoh :

Penilaian dari analisa mendapati pasangan matawang cenderung untuk turun, maka posisi atau entry yang perlu di ambil adalah jual (Sell) tetapi jika sebaliknya trend pasaran cenderung naik, maka posisi entry adalah beli (buy).

nota : trader forex akan mengalami kerugian sekiranya arah trend pasaran berlawanan dengan arah entry yang dibuka. Namun terdapat pelbagai teknik dan strategi yang boleh di ambil untuk meminima kan risiko kerugian melalui Persedian Dagangan atau dipanggil “Trading Setup

KESIMPULAN

Diatas, hanyalah sekilas langsung buat duit dari trade forex iaitu membeli suatu pasangan matawang pada harga rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi, dan keuntungan mereka adalah perbezaan antara harga Buy dan harga Sell.

Bijak ‘mengambil peluang’ dan ‘menangani risiko’ itulah perniagaan dalam trade forex.

Apabila sudah mengetahui asas, maka amat mudah untuk anda mencari pendekatan.

Pertaruhan adalah perniagaan tidak wajar tanpa pelan atau perancangan, ia hanyalah ketamakkan & ketagihan dan unsurnya tidak sepatut ada di dalam diri kita.

Pelaburan atau trading memerlukan fikiran yang cergas di sebalik perdagangan, perancangan dan bertindak balas kepada pergerakan pasaran.

Demi memahami dan memahirkan diri untuk mengetahui lebih lanjut cara buat duit forex sila ke artikel seterusnya.  

SETERUSNYA » PANDUAN ASAS FOREX

.













SHARING IS CARING