DEFINISI WHITE LABEL
September 27, 2017 No Comments Blog. Zade

White label adalah satu jenis perniagaan yang membenarkan kita untuk menjenamakan semula produk Syarikat lain kepada jenama produk syarikat kita sendiri. Dengan memberikan sepenuh lesen kepada Syarikat milik kita melalui penjenamaan, whitelabel juga boleh memberikan satu website yang telah “sedia siap” untuk kita boleh memulakan perniagaan terus dengan meletakan logo syarikat kita sendiri di website tersebut dan juga di paparan produknya.

Whitelabel ini mungkin bunyinya hampir sama dengan perniagaan “Master Resell Rights” (MRR) ataupun “Private Label Right”(PLR), tetapi sebenarnya tidak. Ini disebabkan ia memberi kita hak sepenuhnya untuk menggunakan produk mereka (sesuatu perusahaan) sebagai produk kita sendiri.

Jadi definisi kepada whitelabel adalah:

“ Penjenamaan semula produk atau servis Pembekal kepada Produk sendiri, dengan menukar logo mereka kepada logo syarikat sendiri dan memberikan kita hak sepenuhnya mengikut terma dan syarat mereka”


PEMBEKAL WHITELABEL.

Whitelabel mempunyai kepelbagaian niche-niche, dan kebanyakannya mempunyai high demand yang tinggi seperti niche dating, forex, advertising platform, social network dan sebagainya. Jadi, pembekal kepada whitelabel adalah banyak dan ia meliputi pelbagai bidang atau niche-niche yang mempunyai demand yang tinggi.

KELEBIHAN WHITE LABEL

Bisnes Whitelabel banyak kelebihannya lebih-lebih lagi jika kita yang ingin memulakan perniagaan kita sendiri yang boleh bermula secara kecil-kecilan dahulu, sehinggalah ke peringkat SME dan seterusnya ke Syarikat Korporat. Walaupun kecil-kecilan, anda boleh pergi ke peringkat global dan walaupun offline, anda akan dapat merasa bahang pendapatan yang lumayan jika anda benar-benar serius dengan perniagaan whitelabel anda.

Antara kelebihan-kelebihan Bisnes Whitelabel adalah:

  • crypto exchange
  • A) Penjenamaan (Branding)

    – anda boleh menjenamakan sendiri kepada brand anda, kepada logo anda, dan juga kepada nama syarikat anda sepenuhnya. Mereka sememangnya beri lesen kepada anda untuk berbuat demikian asalkan anda mematuhi terma dan syarat mereka. Terma dan Syarat mereka tidakla payah, cuma mereka ada peraturan-peraturan, dan peraturan2 tersebut anda tidak boleh langgar. Asalkan anda betul-betul berniaga dan tidak scam orang, itu sudah memadai.

    B) Web Ready Made

    – Kebanyakan Pembekal Whitelabel (Whitelabel Provider) menyediakan pakej Ready made setup web yang begitu mudah dan senang terutamanya pembekal whitelabel online. Mereka menyediakan web tersebut yang mudah untuk anda tukar kepada nama domain syarikat anda, logo anda dan juga servis dan pakej.

    C) Secured atau Berlesen

    – Perniagaan Whitelabel adalah sangat2 secured yakni berlesen, ini disebabkan mereka menjadikan anda sebagai reseller mereka yang perlu di sokong, diberi perhatian dan dijaga kerana beberapa pendapatan mereka juga berpunca daripada anda. Jadi,walaupun tidak seberapa keuntungan mereka yang juga menyediakan bermacam support dan juga tools untuk anda, tetapi ia tidak mengapa kerana mereka hanyalah ada kos permulaan, kos marketingnya adalah anda, tidak kira online mahupun offline. Jadi, sudah semestinya anda berhak dapat lebih kecuali mereka menanggung banyak kos sperti niche Whitelabel Travel, backup dan lain-lain lagi.

    D) Penetapan Harga dan Pakej Anda Sendiri

    – Ini adalah perkara yang paling best dan istimewa dalam bisnes whitelabel, kebanyakan pembekal whitelabel membenarkan kita caj orang lain dengan harga kita sendiri, maknanya kita boleh setup plan pricing kita sendiri, dan boleh caj apa yang kita suka bergantung kepada harga pasaran semasa. Hendak tampak lebih menarik lagi anda buat marketing ke company-company yang establish, mencaj mereka dengan harga beribu-ribu ringgit itu adalah perkara biasa, apa lagi yang melibatkan software online seperti whitelabel backup, software dan application. Pendapatan anda, anda yang tentukan. 

    E) Fully Outsource

    – Fully Outsource ini bermaksud mereka yang buat sepenuhnya, mereka yang melakukan backup server, mereka yang buat maintanance, mereka yang buat support 24 jam 7 hari seminggu dan bermacam-macam lagi. Jadi, anda yang join program whitelabel mereka ini buat ape? hanya marketing, marketing dan marketing. Tidak kiralah anda marketing online atau offline, berbayar atau tidak, mereka akan buat yang selebihnya untuk anda. Jika anda tidak mahir berbahasa inggeris dan nak deal dgn online global market, anda juga boleh buat outsourcing, ada caranya.

    F) Risiko Rendah

    – disebabkan anda tidak perlu upah designer, upah programmer mahupun pakar, anda mempunyai risiko yang amat kurang, walaupun ada whitelabel yang berbayar, tetapi still tetap kurang risiko, malah keuntungan anda boleh mencapai 200% hingga 300% seperti streamyx yg bg dekat resellernya 200% komisen. Risiko dan kos anda adalah kedai, marketing, pengiklanan dan juga outsource.

    G) Support 24/7

    – sudah semestinya supportnya adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu kerana mereka sudah anda manager2 dan Customer support yang boleh membantu anda dan pelanggan anda, samada melalui chat, email dan juga panggillan telefon.













    SHARING IS CARING
    About The Author
    Zade Zade sebagai penulis hantu dan telah menyediakan perkhidmatan secara bebas sejak tahun 2017

    Leave a reply

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *